HomeUtamaTengku Hassanal ketuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah 11-13 Mei, daki Gunung...

Tengku Hassanal ketuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah 11-13 Mei, daki Gunung Kinabalu

Read Time:53 Second

BERNAMA

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah yang dijadualkan berlangsung esok hingga Rabu depan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, berkata Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 1 tengah hari Isnin depan sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, bagi bertukar pandangan dan idea.

Melalui ekspedisi itu, beliau berkata, Tengku Hassanal turut dijadualkan mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa depan dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU), selain pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ekspedisi Mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan tuanku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu

Mohamed Zahari berkata, ekspedisi itu juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Pahang dengan Sabah, selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. – BERNAMA / FOTO PAHANG MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jacqueency rangkul tiga gelaran Linundus UNK Bandaraya Kota Kinabalu 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular