Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen sini atas pertuduhan merogol anak saudaranya, dua tahun lalu.
Hakim Amir Shah Amir Hassan membuat perintah tersebut terhadap tertuduh susulan perkembangan baharu dalam kes tersebut.
Mahkamah juga memerintahkan agar wang jaminan tertuduh dipulangkan kepadanya.
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang pada ketika itu berusia 16 tahun di Tuaran pada hujung bulan Jun 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan hendaklah juga dihukum sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Peguam Sylyester Kuan mewakili tertuduh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis.



