HomeUtamaLelaki didenda RM5,000 biak Aedes

Lelaki didenda RM5,000 biak Aedes

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh J Evachel John

PAPAR: Seorang lelaki dikenakan denda RM5, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin kerana membiakkan serangga pembawa penyakit.

Tertuduh, Chan Boon Hong, 47, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun, tertuduh telah menjelaskan bayaran denda tersebut.

Chan mengaku bersalah di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Mengikut pertuduhan, Chan melakukan kesalahan itu pada 27 Oktober 2025, kira-kira jam 3.25 petang di Kampung Marahang, Papar.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(b) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahn.

Pegawai Pendakwa, John Raynold Anak Achon, memaklumkan mahkamah bahawa pembiakan larva nyamuk daripada spesies Aedes albopictus, iaitu serangga pembawa penyakit demam denggi, ditemui di premis tertuduh.

Menurutnya, pembiakan jentik-jentik itu ditemui di dalam tayar di kawasan premis tertuduh dan empat lokasi pembiakan dikenal pasti di kawasan terbuka yang mudah dilihat.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat Unit Vektor Denggi Pejabat Kesihatan Daerah Papar, terdapat tiga kes denggi direkodkan di lokaliti berkenaan.

Justeru, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran supaya tertuduh mengambil peranan penting dalam mencegah pembiakan jentik-jentik di kawasan premisnya.

Pihak pendakwaan turut berhujah bahawa penemuan pembiakan nyamuk di premis tertuduh menunjukkan dia tidak peka terhadap kebersihan persekitaran sehingga menjadi faktor pembiakan nyamuk Aedes.

Menurut beliau, kesalahan itu boleh dikompaun dan tertuduh pernah dikenakan kompaun pada 22 September 2025 atas kesalahan membiakkan serangga pembawa penyakit.

Seterusnya, pada 27 Oktober 2025, premis tertuduh telah diperiksa semula susulan aduan dari penduduk sekitar dan didapati telah melakukan kesalahan yang sama.

“Arahan pembersihan telah dikeluarkan  namun arahan tersebut tidak dipatuhi oleh tertuduh,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Dakwaan guru pikul beras ke SK Pinawantai, Ranau adalah palsu –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular