HomeUtama50 finalis rebut gelaran Randawi Tavantang Kaamatan 2026

50 finalis rebut gelaran Randawi Tavantang Kaamatan 2026

Read Time:53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 50 lelaki Kadazan Dusun akan bersaing dalam pertandingan Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) tahun ini.

Para finalis terdiri daripada wakil pelbagai daerah dan subdaerah di Sabah serta cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Mereka tampil gah menggayakan pakaian tradisi semasa sesi pendaftaran finalis RTK yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah di sini, hari ini.

Pengerusi RTK Casey Jovial berkata RTK Negeri Sabah 2026 menawarkan hadiah keseluruhan yang lebih besar sebagai penghargaan kepada para peserta atas komitmen, bakat dan dedikasi mereka sepanjang pertandingan berlangsung.

“Juara akan membawa pulang hadiah bernilai RM135,000, manakala naib juara menerima hadiah bernilai RM85,000.

“Tempat ketiga pula menawarkan hadiah bernilai RM70,000, diikuti tempat keempat sebanyak RM26,000 dan tempat kelima hingga ketujuh masing-masing menerima hadiah bernilai RM24,000,” katanya.

Menurutnya, sebanyak sembilan gelaran sampingan atau ‘subsidiary titles’ turut dipertandingkan bagi menghargai peserta yang menyerlah dalam kategori tertentu sepanjang pertandingan berlangsung.

Pertandingan akhir dijadual berlangsung di Dewan KDCA, Penampang, pada 27 Mei ini.

RELATED ARTICLES
Utama

223 fleet card disekat, KPDN perkukuh penguatkuasaan subsidi diesel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular