HomeUtamaSabah Tubuh Persatuan Bodyguard pertama perkukuh industri keselamatan

Sabah Tubuh Persatuan Bodyguard pertama perkukuh industri keselamatan

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Satu langkah positif ke arah memperkukuhkan industri pengawal peribadi di Sabah direalisasikan menerusi penubuhan Sabah Bodyguard Specialist Association (SBSA) pada 1 April 2026.

Persatuan itu ditubuhkan sebagai platform rasmi menghimpunkan pengamal kerjaya bodyguard khususnya anak jati Sabah yang terlibat dalam bidang keselamatan, pengiring rapat orang kenamaan (Close Protection Officer), keselamatan korporat serta pengurusan keselamatan profesional.

SBSA memulakan langkah awal dengan keahlian seramai 100 ahli terdiri daripada pengamal bodyguard berpengalaman, bekas anggota keselamatan, pengiring peribadi sambilan serta individu aktif dalam industri keselamatan di Sabah.

Persatuan itu diterajui Presidennya, Mohd Yusof Abdullah yang komited memperkasa profesionalisme industri, menjaga kebajikan ahli serta mengukuhkan hubungan sesama pengamal bodyguard di negeri ini.

Menurut beliau, penubuhan SBSA bukan sekadar menyatukan komuniti bodyguard Sabah, malah membuka peluang pembangunan kerjaya dan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada ahli serta masyarakat.

SBSA juga merancang pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk latihan keselamatan, seminar profesionalisme, kursus berkaitan industri pengawal peribadi serta aktiviti kemasyarakatan bagi memperkukuhkan lagi industri keselamatan di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Hari Raya Aidiladha disambut 27 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular