HomeUtamaTukar pengakuan, lelaki mengaku bersalah bunuh isteri

Tukar pengakuan, lelaki mengaku bersalah bunuh isteri

Read Time:53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Indonesia menukar pengakuannya kepada bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh isterinya di Pasar Sayur Kepayan, tiga tahun lalu.

Jedu Rudu, 45, mengaku bersalah ketika prosiding pembelaan sepatutnya bermula hari ini di hadapan Hakim Datuk Alexander Siew How Wai.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 3 Julai depan untuk menjatuhkan hukuman serta mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan pemberatan dan rayuan selewat-lewatnya pada 30 Jun.

Jedu mengaku membunuh isterinya, Suria Woade, 38, antara jam 1 tengah hari hingga 2.21 petang pada 8 April 2023 di Pasar Sayur Kepayan, Jalan Pahlawan, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada Februari lalu, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh sebelum mengarahkannya membela diri.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali dan Nigel Neong Kaning.

RELATED ARTICLES
Utama

Persaingan Politik Tidak Wajar Jejas Kerjasama Nasional – Salleh Said Keruak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular