HomeUtamaGRS terima UPKO sebagai ahli gabungan baharu

GRS terima UPKO sebagai ahli gabungan baharu

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara bersetuju menerima Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai ahli gabungan baharu berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang diadakan di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, penyertaan UPKO selaras dengan perjuangan GRS yang berteraskan konsep “Sabah United, Sabah First” serta usaha memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan parti-parti tempatan.

“Kita telah bersetuju sebulat suara untuk menerima UPKO sebagai ahli gabungan baharu GRS.

“Penerimaan ini sejajar dengan perjuangan GRS sendiri iaitu Sabah United, Sabah First dan untuk memberi kekuatan kepada parti-parti gabungan tempatan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Hajiji berkata, kemasukan UPKO juga dilihat mampu memperkukuhkan kestabilan kerajaan negeri yang diterajui GRS ketika ini.

Beliau mengesahkan status keahlian UPKO dalam gabungan itu berkuat kuasa serta-merta selepas keputusan dicapai oleh Majlis Tertinggi GRS.

“Mulai hari ini, UPKO secara rasminya menjadi ahli GRS dan perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak UPKO selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat kebimbangan dalam kalangan parti komponen mengenai penyertaan UPKO, Hajiji menegaskan semua parti menyokong keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.

“Tiada. Semua setuju kerana kita mahu menguatkan GRS. Jadi tiada isu kebimbangan atau perkara lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Tetapkan 13 Ogos Dengar Permohonan SPRM Beku Aset Jersey RM5.5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular