HomeUtamaWanita ditahan, polis rampas air dan daun ketum di Putatan

Wanita ditahan, polis rampas air dan daun ketum di Putatan

Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang hasil maklumat yang diterima.

Menurutnya, operasi yang dijalankan kira-kira jam 1 petang pada 19 Jun lalu berjaya menahan seorang wanita berusia 43 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan 30 botol plastik berisi cecair disyaki air ketum serta satu karung plastik putih yang mengandungi dedaun hijau dipercayai daun ketum.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM975,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut menyita beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses air ketum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sammy menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang, khususnya yang melibatkan penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah atau ketum supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan dan pencegahan jenayah.

RELATED ARTICLES
Utama

Inkues Zara berlangsung hingga Oktober, keputusan dijangka sebelum ‘Legal Year’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular