HomeUtamaLelaki didakwa amang seksual fizikal anak tiri

Lelaki didakwa amang seksual fizikal anak tiri

Read Time:53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 11 tahun.

Tertuduh yang berusia 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah bilik sewa dekat sini pada jam 9.30 malam, 30 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Ogos depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM). Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin tempatan, selain diperintahkan melapor diri di Balai Polis Manggatal pada hari pertama setiap bulan.

Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melarangnya mengganggu mangsa, serta mengarahkan tertuduh berpindah dari kediaman itu sekiranya masih tinggal serumah dengan mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Syed Anwar SH Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Jamawi bawa cadangan tambah baik BUDI Diesel Sabah ke Kabinet Negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular