Gerakan untuk menubuhkan koperasi perlu terus diperhebatkan lagi khususnya di negeri ini kerana ia mampu menjadi platform bagi menyelesaikan keperluan rakyat di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin gerakan koperasi di Sabah yang mempunyai 1,707 koperasi berdaftar dan jumlah anggota lebih 350,000 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat membantu membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
Gerakan koperasi di Sabah perlu mencapai kejayaan yang boleh.dicontohi, termasuk berganding bahu bersama kerajaan dan sektor swasta dalam meningkatkan ekonomi negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.