Nilai ditambah kasar industri pelancongan (NDKIP) Sabah pada 2022 mencatatkan RM13 bilion, menyumbang sebanyak 10.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah, menurut Akaun Satelit Pelancongan Wilayah (ASPW) Sabah terbitan Jabatan Perangkaan (DOSM).
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mengalu-alukan kedatangan dua selebriti TV dari China dalam misi mencari fakta untuk mempromosi dan mempamerkan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan di tanah air mereka.
Tambahan 2,053 bilik akan disediakan tidak lama lagi, dengan tujuh hotel baharu akan beroperasi untuk menambah 685 hotel sedia ada daripada 5 bintang hingga hotel bajet atau penginapan dengan kapasiti 26,822 bilik di Sabah.
Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer memberi jaminan bahawa Kedutaannya di Kuala Lumpur akan membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi ideal untuk acara MICE (Meeting, Insentif, Konvensyen & Pameran).
Sokongan berterusan AirAsia terhadap Pelancongan Sabah memberi petanda baik untuk kesejahteraan ekonomi negeri, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.