HomeUtamaKerajaan persekutuan jamin layanan adil untuk bangunkan Sabah dalam RMK-12 - Muhyiddin

Kerajaan persekutuan jamin layanan adil untuk bangunkan Sabah dalam RMK-12 – Muhyiddin

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kerajaan Persekutuan menekankan layanan adil untuk Sabah dalam membentuk dan merancang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan menyalurkan peruntukan sumber kewangan secara saksama dalam membangunkan negeri ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau sedar dalam konteks Sabah, jurang pembangunan masih ketinggalan dalam beberapa aspek jika dibandingkan dengan negeri lain di Semenanjung, justeru Kerajaan Persekutuan komited untuk mengurangkan jurang pembangunan tersebut.

“Selaras dengan salah satu objektif utama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu pembangunan untuk semua, Kerajaan (Persekutuan) komited untuk memastikan pembangunan yang mampan di setiap negeri termasuklah di negeri Sabah.

“Pelan Pusingan RMK-12, sebanyak 1,039 projek pembangunan dengan peruntukan sebanyak RM5.01 bilion diluluskan untuk Sabah bagi pelaksanaan projek merentasi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan,” katanya ketika berucap pada Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sabah I Datuk Seri Bung Moktar Radin, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan rasminya hari ini dengan menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Sabah.

Beliau yang tiba di Aras 26 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada jam 8 pagi, diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Timbalannya, Datuk Sri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyertai sesi fotografi, sebelum mengikuti taklimat berkenaan.

Taklimat bermula pada jam 8.10 pagi di Bilik Mesyuarat Utama bangunan itu disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong yang menyentuh beberapa aspek antaranya infrastruktur asas, pendidikan, Projek Pan Borneo dan pendigitalisasi kerajaan negeri.

Berlangsung selama sejam, taklimat terbabit disertai 40 orang dengan pematuhan sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP)serta kapasiti yang dibenarkan

RELATED ARTICLES
Utama

Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular