HomeIsu tempatanSabah catat kemenangan sulung

Sabah catat kemenangan sulung

Read Time:54 Second

Selepas mengalami tiga kekalahan, Sabah akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini dengan mengejutkan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabali malam ini.

Anak-anak buah Kurniawan Dwi Yulianto itu meleburkan rekod tanpa kalah skuad Penyu, sekali gus meleraikan sedikit tekanan yang dirasai.

Sepakan penalti Levy Madinda meletakkan Sabah di depan pada minit ke-38, sebelum Sam Johnson menggandakan kedudukan empat minit berselang.

Memasuki babak kedua, Sabah terus agresif, namun beberapa percubaan yang dilakukan, termasuk sepakan percuma Saddil Ramdani pada minit ke-50 tidak menepati sasaran.

Terengganu sebaliknya membolosi gawang tuan rumah menerusi Jordan Mintah pada minit ke-56, namun jaringan dibatalkan kerana penjaga gol Sabah, Rendy Robson Rining terlebih dulu dikasari.

Gol yang dicari-cari Terengganu muncul pada minit ke-78 hasil sepakan Mintah yang menewaskan Rendy, namun kebangkitan yang cuba dilakukan pelawat sudah terlewat.

Sabah yang mengumpul empat mata menghuni tangga ketiga tercorot dan akan berdepan Kuala Lumpur City di tempat lawan pada 3 April.

Terengganu kekal di tangga kedua dengan 10 mata, satu mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya