HomeUtamaJPKK,Ketua Kampung Dan Pemimpin Setempat Berperanan Pastikan Penduduk Daftar Vaksin COVID-19

JPKK,Ketua Kampung Dan Pemimpin Setempat Berperanan Pastikan Penduduk Daftar Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 33 Second

12 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

MEMBAKUT : Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencadangkan agar Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Ketua Kampung dinegeri ini memainkan peranan bagi membantu dan memastikan penduduk dikawasan jagaan mendaftar bagi menerima vaksin COVID-19.

Katanya, kerjasama antara JPKK dan Ketua Kampung selain pemimpin setempat itu boleh diselaraskan bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

“Peranan itu dilihat boleh membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan lagi proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sudah diselaraskan diseluruh negara.

“Saya yakin pimpinan JPKK dan Ketua Kampung di kawasan lain juga sudah melakukan perkara ini namun jika ia dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negeri, sudah pasti usaha ini boleh menyumbang kepada usaha mempercepatkan  tercapainya imuniti kelompok selain boleh mengenalpasti mereka yang terlibat turun menerima vaksin di PPV mengikut jadual yang ditetapkan,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, UPPM Dun Membakut khususnya telah diberi peluang untuk mendaftarkan penerima vaksin dikalangan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) setiap hari.

“Sehingga kini, saya melihat proses pendaftaran bagi warga emas hampir 100 orang setiap hari berjaya dilaksanakan hasil kerjasama JPKK, Ketua Kampung dan pemimpin masyarakat setempat disini.

“Saya yakin dibeberapa daerah lain juga turut melaksanakan program sebegini untuk kita membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok sebanyak 80 peratus,”katanya.

Mohd Arifin berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas termasuk sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dedikasi dalam melaksanakan tugas.

“Sebagai pemimpin di kawasan ini, saya berpuas hati dengan proses pemberian vaksin di PPV dan semua berjalan dengan lancar.

“Selain itu saya juga ingin menyeru kepada rakyat di negeri ini khususnya untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera ataupun laman sesawang yang disediakan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular