HomeIsu tempatanKongsi Pengalaman Mengurus Jenazah Covid-19 - Abdul Ghapar

Kongsi Pengalaman Mengurus Jenazah Covid-19 – Abdul Ghapar

Read Time:1 Minute, 58 Second

[email protected]

KOTA KINABALU: Mengendalikan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 memang berbeza dari yang biasa dilakukan untuk mengelak dijangkiti wabak tersebut.

Demikian kisah seorang pengurus jenazah mangsa Covid-19, Abdul Ghapar Sulaiman, 50, dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Menurut Abdul Ghapar, hampir dua tahun beliau bertugas sebagai Pasukan Petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Cabaran utama kami sebagai petugas yang mengurus jenazah Covid-19, memerlukan mental dan fizikal yang kuat kerana kami sentiasa terdedah dengan virus Covid-19.

“Kami juga wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memulakan tugas iaitu memakai pakaian pelindung diri (PPE) dan sanitasi diri,” katanya yang berkongsi pegalaman dalam kerjayanya.

“Pengurusan jenazah Covid-19 yang beragama Islam perlu diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan.

“Pengurusan tayammum dan solat jenazah oleh petugas hanya akan dilaksanakan selepas proses pengecaman selesai dijalankan oleh seorang waris yang dibenarkan dan perlu memakai kelengkapan PPE yang dipantau sepenuhnya oleh kakitangan hospital,” katanya.

Pengecaman oleh waris dalam penjarakan satu meter dan tidak dibenarkan sama sekali mencium dan menyentuh jenazah.

Semua jenazah pesakit Covid-19 akan dibalut dengan sehelai linen putih dan dua lapisan beg mayat.

Lapisan paling luar beg mayat akan disanitasi dengan 0.5% sodium hypochlorite.

Manakala ahli keluarga dilarang untuk membuka beg mayat atau keranda yang telah ditutup.

“Selepas pengecaman itulah kali terakhir ahli keluarga melihat wajah jenazah, kami akan mengambilalih tugas dari mengurus dan mengebumikan jenazah hingga ke tanah perkuburan”.

“Perasaan sayu, hiba kami tuhan sahaja yang tahu, tetapi atas tuntutan sebagai satu ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah, kami bersemangat menunaikan tanggungjawab kami sebagai petugas pengurusan jenazah Covid-19 ini,” ujarnya.

Beliau berkata, setakat ini dari April 2020 sehingga 29 Mei 2021 sebanyak 130 jenazah Muslim Covid-19 telah diuruskan oleh JHEAINS.

“Saya menyeru kepada seluruh masyarakat supaya mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini, tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko mendapat mudarat yang teruk akibat virus Covid-19 ini.

“Covid-19 ini adalah satu virus yang sangat merbahaya yang boleh mengancam nyawa manusia jika tidak dibendung dan penting kita menjaga kesihatan serta keselamatan kendiri dengan mematuhi segala peraturan oleh pihak KKM dan kerajaan sarankan untuk mengelak penularan virus ini,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya