HomeUtamaVaksinasi harian terus meningkat, capai sasaran 200,000 sehari

Vaksinasi harian terus meningkat, capai sasaran 200,000 sehari

Read Time:1 Minute, 11 Second

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatat peningkatan dengan pemberian 215,876 dos semalam, sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Beliau berkata, daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 160,226 individu menerima dos pertama manakala 55,650 lagi menerima dos kedua.

‘”Seramai 1,468,689 individu telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin Covid-19 dan 3,435,420 individu telah menerima dos pertama.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 4,904,109,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 187,443 diikuti Sarawak, 168,471; Johor (142,868); Perak (139,612) dan Kuala Lumpur (131,882).

Bagi Negeri Sabah Pula, angka yang dilaporkan ialah seramai 267,001 sudahpun menerima suntikan pertama manakala 116,368 individu sudahpon menerima dos kedua mereka. ini menyaksikan sejumlah 383,367 individu sudahpun menerima vaksin covid-19 mereka.

Dalam pada itu, Dr. Adham berkata, berdasarkan perkongsian laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin Covid-19, seramai 13,837,410 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 59.10 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendaftaran itu sebanyak 3,513,960; diikuti Johor, 1,727,211; Sarawak 1,323,339 dan Kuala Lumpur 1,168,192, katanya

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya