HomeIsu tempatanPembinaan PPS Baharu Di Beaufort Sangat Wajar

Pembinaan PPS Baharu Di Beaufort Sangat Wajar

Read Time:1 Minute, 0 Second

BEAUFORT : Keputusan kerajaan negeri meluluskan pembinaan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu di daerah ini adalah sangat wajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh berkata, pembinaan itu adalah bagi memudahkan proses pemindahan mangsa bencana pada masa hadapan.

“Kita telah mengenalpasti lokasi sesuai sebagai tapak pembinaan PPS ini iaitu di Halogilat dan Batu 60.

“Peruntukan bagi membina dua PPS ini telah disalurkan kerajaan negeri seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat mangsa banjir di daerah ini Mei lalu,”katanya.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, kemudahan itu amat diperlukan memandangkan kawasan berkenaan antara lokasi berisiko selain terputus jalan perhubungan ke PPS sedia ada.

“Pada ketika ini, hanya sebuah PPS yang terdapat di daerah ini iaitu di PPS Selagon manakala beberapa dewan lain digunakan sebagai persediaan sekiranya jumlah mangsa tidak menampung di PPS sedia ada.

“Justeru itu, dengan adanya dua PPS yang baharu nanti, ianya akan mampu menampung keperluan penempatan mangsa apabila berlaku bencana seperti banjir,”katanya.

Katanya, pembinaan PPS yang baharu itu dijangka akan dilaksanakan secepat mungkin.

Difahamkan sebuah lagi PPS baharu akan dibina di Kampung Padas Damit yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya