HomeIsu tempatanUMS Sentiasa Ambil Berat Aspek Keselamatan Dan Kebajikan Pelajar Di Kampus Labuan

UMS Sentiasa Ambil Berat Aspek Keselamatan Dan Kebajikan Pelajar Di Kampus Labuan

Read Time:1 Minute, 34 Second

LABUAN : Universiti Malaysia Sabah (UMS) amat mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan kebajikan pelajar serta kakitangan di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) berikutan situasi yang membimbangkan di pulau itu.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, pihaknya telah menggariskan beberapa inisiatif bagi memastikan seramai 107 pelajar dan 261 orang kakitangan UMSKAL sentiasa terjaga termasuk aspek kesihatan.

“Ketika ini semua pelajar diminta untuk terus kekal di kawasan kampus dan tidak dibenarkan bergerak ke luar kampus disebabkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi dilaporkan di Labuan selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Justeru itu pengurusan UMSKAL akan memastikan segala keperluan termasuk pemantauan tahap kesihatan pelajar sentiasa terjaga selain kebajikan mereka turut diutamakan,”katanya.

Taufiq berkata, pihaknya turut melaksanakan saringan kesihatan bagi mencegah penularan COVID-19 di UMSKAL selain menyediakan talian ‘hotline’ yang sentiasa bersedia untuk menerima dan mengendalikan aduan pelajar serta ibu bapa.

“Selain itu, kita turut mengadakan slot bimbingan dan motivasi kepada pelajar dari semasa ke semasa. Kita juga memastikan kemudahan capaian Internet yang baik untuk kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Syukur, ketika ini semua pelajar dalam keadaan sihat dan tiada kes jangkitan COVID-19 membabitkan pelajar atau kakitangan. Aktiviti PdP juga berjalan dengan baik secara dalam talian menggunakan kemudahan Internet yang boleh dicapai terus dari bilik asrama,” katanya.

Sementara itu, Taufiq berkata, kafeteria dikampus turut beroperasi seperti biasa bagi membolehkan pelajar membeli makanan, selain kedai runcit di kawasan kampus untuk pelajar membeli barangan keperluan masing-masing.

“Kita turut menyediakan kemudahan ‘food bank’ kepada pelajar melalui sumbangan UMS sendiri, kakitangan universiti, orang awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan serta swasta seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Selain itu, kita turut menyediakan peruntukan khas bagi menanggung caj ‘runner’ atau e-hailing untuk pembelian barangan peribadi pelajar. Pengetua dan felo turut membantu membuat pembelian barang keperluan pelajar dari semasa ke semasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Permohonan subsidi tiket penerbangan untuk mahasiswa Sabah akan dibuka Disember 2024...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular