HomeIsu tempatan7,320 Penduduk Dari Golongan B40,e-Kasih Terima Bantuan Bakul Makanan Di Kuala Penyu

7,320 Penduduk Dari Golongan B40,e-Kasih Terima Bantuan Bakul Makanan Di Kuala Penyu

Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA PENYU : Seramai 7,320 orang penduduk di daerah ini terdiri dari golongan B40 dan yang berdaftar melalui e-kasih akan menerima sumbangan bakul makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata, sumbangan di bawah program Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 itu akan mula diagihkan dan dijangka selesai hujung minggu ini.

“Pada hari ini saya turun sendiri ke pusat pengumpulan barangan untuk diagihkan kepada penduduk terlibat bersama petugas dan rakan-rakan dari agensi kerajaan negeri serta persekutuan.

“Agihan ini juga akan turut disampaikan kepada penduduk terlibat di beberapa buah kampung di Kuala Penyu termasuk daerah kecil Menumbok,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya petang ini.

Limus yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah berkata, bantuan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada bantuan yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam BSP 3.0 baru-baru ini.

Limus ketika meninjau pusat pengumpulan bantuan bakul makanan

“Sekiranya ada antara golongan sasar yang tercicir saya minta mohon Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) segera menghubungi Pegawai Daerah selaku Pengerusi Penyelaras program ini.

“Marilah Kita sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 ini segera berakhir dan dalam masa kita semua berusaha mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Begitu juga program vaksinasi yang sedang giat dilaksanakan di daerah ini agar kita sama-sama menjayakannya,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular