HomeIsu tempatanSabah FC Lengkapkan Suntikan Vaksinasi : Kurniawan

Sabah FC Lengkapkan Suntikan Vaksinasi : Kurniawan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC telah melengkapkan suntikan dos kedua apabila semua pemain, jurulatih serta pegawai pasukan selesai menerima vaksinasi pagi tadi.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan suntikan vaksinasi penting untuk semua pasukan bagi memastikan kesihatan serta keselamatan mereka sentiasa terjamin sekali gus melancarkan perjalanan dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Katanya semua mereka mendapat dos pertama vaksin jenis Pfizer BioNtech pada 2 Jun lalu dan hari ini merupakan suntikan vaksinasi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hotel Pacific Sutera, Kota Kinabalu.

“Vaksin ini penting untuk memastikan imuniti kelompok dapat diwujudkan untuk mengawal pandemik serta melindungi masyarakat daripada penularan pandemik COVID-19 sekali gus dapat melancarkan lagi saingan Liga Malaysia dengan kehadiran pasukan serta penyokong ke stadium,” katanya.

Kurniawan berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini.

Kurniawan percaya setiap pasukan akan berasa lebih selamat untuk meneruskan tanggungjawab beraksi di atas padang selepas menerima suntikan vaksinasi berikutan beberapa pasukan juga turut sama selesai mendapatkan dos pertama dan kedua vaksin.

Sementara itu ketika mengulas mengenai perkembangan pasukannya, Kurniawan berkata, Skuad The Rhinos kini sedang menjalani latihan secara Camp Based Training di Padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sejak 7 Jun lalu.

“Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya Sabah FC lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain import baharu, Josip Ivancic yang sempat beraksi ketika bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas sebelum liga berhenti rehat dan Nazirul Naim yang dipinjamkan dari Perak FC semasa jendela perpindahan dibuka Mei lalu, “ jelasnya,

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya