PKPD: 2 Baharu, 1 Lanjut, 4 Tamat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan iaitu Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dan Kampung Kukut, Beaufort.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di dua lokaliti tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud Kampung Kukut, Beaufort berkuat kuasa 25 Jun sehingga 08 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,”kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Negeri.

Sementara itu, satu pelanjutan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu yang dijadualkan ditamatkan pada 23 Jun 2021 tetapi KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.

Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu bermula 24 Jun sehingga 07 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Empat kawasan PKPD ditamatkan iaitu Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat, Taman Wawasan, Beaufort ditamatkan PKPD pada 23 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan, manakala Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan dan Lorong
Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan ditamatkan pada 24 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“KKM juga mendapati trend kes menurun dan kluster adalah terkawal di empat kawasan PKPD tersebut manakala semua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *