KIR dan Ahli e-Kasih Dun Kundasang Terima Bakul Makanan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

RANAU: Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang terjejas dengan pandemik Covid -19.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang meluahkan tanda terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di atas bantuan bakul makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) B40 dan mereka yang terdaftar dalam e-Kasih dari 85 buah kampung dalam DUN berkenaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

“Kebanyakan penduduk kampung yang terjejas ini tersenarai dalam kategori B40 yang berjumlah 2,500 KIR, manakala penerima di bawah senarai e-Kasih ialah seramai 1,383 orang.

“Saya berterima kasih kepada jentera pentadbiran yang terdiri daripada Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang atas komitmen dan iltizam mereka dalam mengedarkan bantuan bakul makanan ini tanpa mengira penat dan lelah yang bermula sejak 19 Jun lagi dan dijangka berakhir pada 27 Jun ini.

‘Bagi kawasan yang sukar dimasuki kenderaan awam biasa, bekalan makanan dihantar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda,’ kata Dr. Joachim dalam kenyataan medianya.

Bantuan bakul makanan adalah disalurkan melalui Pejabat Daerah Ranau, jelasnya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata pengedaran bantuan tersebut dilaksanakan oleh UPPM dan Pejabat ADUN Kundasang, manakala kos penghantarannya adalah dibiayai oleh beliau sendiri.

Kepada rakyat DUN Kundasang yang layak tetapi belum menerima bantuan makanan ini perlulah segera memaklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing untuk diberikan kepada Pejabat Daerah Ranau untuk pengesahan yang mana akan dihantar kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *