HomeIsu tempatanKerajaan Negeri Mahu Laksana Sendiri Projek Persekutuan

Kerajaan Negeri Mahu Laksana Sendiri Projek Persekutuan

Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN : Kerajaan negeri berharap kerajaan pusat dapat memberi pengiktirafan kepada Sabah bagi mengurus dan melaksana sendiri projek pembangunan persekutuan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia bagi memastikan segala projek membabitkan kerajaan persekutuan dapat dilaksanakan dengan lancar dan dikawal selia dengan baik.

“Kementerian saya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mempunyai ramai jurutera berpengalaman dalam bidang teknikal bagi mengendalikan projek yang dilaksanakan oleh JKR Persekutuan selain lebih airf dengan isu tempatan.

“Justeru itu, kita minta diberi pengiktirafan di Sabah sebagai sebuah agensi yang berkelayakan untuk mengendalikan apa juga bentuk projek sama ada projek persekutuan mahupun projek negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian sebuah tongkang membawa muatan bahan binaan, difahamkan bagi projek Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Tantai Timur Sabah (ESSCom), melanggar dan merosakkan terumbu karang di Pulau Mabul, Semporna pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pihaknya telah meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi mengemukakan laporan berhubung status Terminal Bas Bersepadu Sandakan yang belum boleh beroperasi meskipun sudah siap pada tahun 2017.

Katanya, selain itu pihaknya turut meminta MPS mengemukakan cadangan agar terminal itu boleh digunakan.

“Terminal ini belum boleh digunapakai disebabkan mendapan tanah 160 meter.  Saya beri tempoh hingga pertengahan bulan Julai untuk MPS memberi laporan berhubung projek bernilai jutaan ringgit ini.

“Jika projek ini tidak digunakan, ia merupakan satu pembaziran kepada pembangunan Sandakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular