HomeIsu tempatanDr Roland Agih Bakul Makanan di Lokasi PKPD Kg Warisan

Dr Roland Agih Bakul Makanan di Lokasi PKPD Kg Warisan

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia meminta penduduk Kampung Warisan dekat sini untuk mengemas kini butiran data mereka bagi pengagihan bakul makanan.

Dr Roland mengatakan bahawa butiran data yang diberikan kepada ketua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga mesti memasukkan jumlah isi rumah yang tinggal di setiap rumah supaya pengagihan bakul makanan yang betul dapat diberikan kepada keluarga yang terkesan.

“Satu rumah boleh terdiri daripada empat hingga lima keluarga,” kata Dr Roland dalam kenyataan media semasa mengunjungi pos kawalan barisan hadapan di Kampung Warisan dan Taman Puri Warisan di Darau yang telah dikenakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tambahnya, Dewan Bandaraya dan pasukannya akan mengagihkan bakul makanan dan ingin memastikan bahawa bantuan itu sampai kepada keluarga yang disasarkan.

Dr Roland juga mengunjungi Dewan Balairaya Kampung Warisan di mana ujian polymerase chain reaction (PCR) bagi ujian virus Covid-19 sedang dilakukan.

Beliau berpuashati dengan usaha Jabatan Kesihatan Sabah untuk memastikan semua penduduk kampung yang terlibat menjalani ujian PCR.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya