Sebuah Konsultan Bebas Dilantik Bagi Kaji Dan Reka Bentuk Jambatan Baharu Libaran Bypass SPS2

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN:  Sebuah konsultan bebas akan dilantik bagi membuat kajian dan mereka bentuk jambatan baharu untuk jalan di Libaran Bypass SPS2 ke Fulliwa Sandakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerosakan sebanyak dua kali jambatan yang dibina sebelum ini merupakan antara punca utama jalanraya tersebut tidak dapat digunakan sehingga kini meskipun ianya telah disiapkan pada 2014.

“Jalanraya ini sebenarnya tidak bermasalah, yang menjadi punca ia tidak boleh digunakan adalah disebabkan masalah jambatan yang sudah dibina runtuh sebanyak dua kali.

“Justeru saya meminta Jurutera daerah Sandakan mengambil tindakan susulan agar jambatan baharu dapat dibina,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja di sini kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Jasmin Juplin dan Jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Sandakan Sim Pau Kiong.

Terdahulu,Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut meninjau projek Jalan Raya dan Jambatan di Batu 25 Kampung  Sungai Monyet dan Kampung Sungai Dundulit .

Beliau berkata, satu mesyuarat teknikal akan diadakan hari ini bagi membincangkan kaedah pembukaan jambatan lama yang runtuh dan tindakan  penyelasaian selanjutnya.

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segera bagi memastikan jalanraya ini boleh digunakan oleh pengguna jalanraya yang akan dapat menjimatkan masa perjalanan.

“Selain mengurangkan kadar  kesesakan yang berlaku bagi kenderaan yang bergerak ke bandar Sandakan dan lain lain destinasi,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *