HomeIsu tempatanSumbangan Tidak Terhenti,Akan Terus Salur Bantuan Kepada Golongan Sasar - Bung Moktar

Sumbangan Tidak Terhenti,Akan Terus Salur Bantuan Kepada Golongan Sasar – Bung Moktar

Read Time:1 Minute, 33 Second

SANDAKAN : Sebanyak hampir 30,000 bakul makanan telah diagihkan kepada semua golongan sasar dalam Parlimen Kinabatangan yang merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu sehingga PKP 3.0.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sumbangan ini bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP.

“Bantuan ini tidak akan terhenti disini, malah akan terus menyalurkan sumbangan kepada rakyat yang menghadapi kesusahan sama ada di DUN Lamag, DUN Sukau dan DUN Kuamut.

“Sumbangan bantuan ini akan diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di DUN masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikan selepas menerima sumbangan berupa bakul makanan sebanyak 1,000 bakul makanan dari Kumpulan Sawit Kinabalu yang disalurkan ke DUN Lamag dan DUN Sukau di Pejabat Perhubungan Parlimen Kinabatangan disini kelmarin.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan  Sawit Kinabalu Bacho Jansie yang turut disaksikan oleh Menteri Pelancongan ,Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga ADUN Sukau Datuk Jafry Arifin dan Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Rahim.

Sebelum ini Kumpulan Sawit Kinabalu turut menyalurkan bantuan yang sama sebanyak 500 bakul makanan di kawasan DUN Kuamut.

Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong keputusan kerajaan pusat dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama yang bermula hari ini.

Katanya, PPN Fasa Pertama yang dilaksanakan dalam tempoh PKP ini perlu diteruskan demi kebaikan negara dan keselamatan rakyat bagi memastikan penularan COVID-19 benar-benar terputus.

“Meskipun Sabah sudah melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan penguatkuasaan standard operasi prosedur (SOP) PKP3.0, namun berkemungkinan kerajaan akan mempertimbangkan sedikit kelonggaran ekoran bilangan kes positif yang masih terkawal berbanding Semenanjung.

“Justeru itu, beberapa sektor akan diberikan kelonggaran untuk beroperasi semula dengan mengambil kira pematuhan SOP namun saya berharap rakyat akan terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya