HomeIsu tempatanSUKAN : Saddil Ramdani & 2 Lagi Pemain Sabah FC Lanjut Kontrak...

SUKAN : Saddil Ramdani & 2 Lagi Pemain Sabah FC Lanjut Kontrak Sehingga November 2022

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU:  Sabah FC mengambil langkah awal melanjutkan kontrak tiga tonggak utamanya sehingga November tahun depan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia.

Pengurusnya, Marzuki Nasir berkata, ketiga-tiga pemain tersebut iaitu Alto Linus, Randy Baruh dan pemain import, Saddil Ramdani menandatangani pelanjutan kontrak mereka semalam di ibu pejabat kelab yang disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC,  Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Katanya pelanjutan kontrak ini sebagai imbuhan atas prestasi terbaik mereka sepanjang pusingan pertama Liga Super serta komitmen pihak pengurusan Sabah FC menuju ke era pengurusan yang lebih profesional dan komprehensif.

“Kita tetap penuhi janji pihak pengurusan kepada pemain-pemain yang menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang serta memberangsangkan sama ada di dalam atau di luar padang  sepanjang beraksi bersama Sabah FC.

“Ini langkah pertama dan berterusan untuk dipanjangkan kepada pemain-pemain yang lain untuk melanjutkan kontrak mereka selepas pihak pengurusan berpuas hati terhadap komitmen dan mutu permainan mereka,” katanya.

Marzuki berkata, kontrak ketiga-tiga pemain tersebut sepatutnya tamat November ini namun  diperbaharui lebih awal berdasarkan persetujuan bersama antara ketiga-tiga mereka dan pengurusan Sabah FC.

“Bermula hari ini ketiga-tiga mereka akan menerima kontrak serta gaji baharu. Ini bermakna akan terdapat peningkatan gaji mereka selepas persetujuan daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Pihak pengurusan Sabah FC merancang untuk menandatangani pelanjutan kontrak beberapa pemain lagi dalam tempoh terdekat dan berharap komitmen yang ditunjukkan ketiga-tiga pemain ini akan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya