HomeIsu tempatanProgram 'We Care Frontliner' Hargai Petugas Barisan Hadapan

Program ‘We Care Frontliner’ Hargai Petugas Barisan Hadapan

Read Time:41 Second

BELURAN : Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beluran mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di daerah ini menerusi program ‘We Care Frontliner’.

Program yang dilaksanakan selama dua hari bermula Ahad lalu merupakan inisiatif Srikandi Muda BERSATU Beluran bagi menghargai pengorbanan petugas dalam menghadapi pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

Pengerusi Biro Srikandi Muda Beluran Suhaina Jamri berkata, sumbangan berupa makanan itu diserahkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Paitan; Telupid dan Pekan Beluran.

“Antara lokasi yang dikunjungi bagi agihan sumbangan ini adalah di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV); 10 Sekatan Jalan Raya (SJR), Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran dan Balai Polis Telupid,”katanya.

Katanya hasil pengorbanan petugas barisan hadapan dengan kerjasama diberikan penduduk setempat di Beluran dan Telupid berjaya memastikan dua daerah ini tidak mencatatkan kes COVID-19 sehingga kelmarin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya