HomeIsu tempatanPBNS Terima Sumbangan KWAJ Daripada Sedafiat Sdn Bhd

PBNS Terima Sumbangan KWAJ Daripada Sedafiat Sdn Bhd

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) menerima sumbangan Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ) daripada Sedafiat Sdn Bhd berjumlah RM100,000 bagi tahun 2021.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Ag Buhtamam kepada Pengurus Besar PBNS Salman Nurillah yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kelmarin.

Majlis penyerahan turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya.

Pada majlis itu, Pengurus Besar PBNS, Salman Nurillah membuat gimik penyerahan replika borang KWAJ kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Ag. Buhtamam Ag. Mahmun sebagai sokongan dan galakan kepada seluruh warga kerja Sedafiat Sdn Bhd membuat sumbangan KWAJ melalui potongan gaji dengan sukarela.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata,masyarakat Islam yang berkemampuan di negeri ini digesa  untuk tampil menyokong KWAJ PBNS.

Katanya, KWAJ adalah satu kumpulan wang yang diperuntukkan melalui Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998 (Seksyen 21) untuk mengutip dan mengumpul wang dari masyarakat Islam negeri ini sebagai sedekah bulanan. 

Selain itu tambahnya, sumbangan KWAJ juga adalah derma yang diluluskan untuk diberi pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kita menggalakkan dan mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta supaya tampil untuk bersama-sama menyokong usaha yang diperkenalkan oleh PBNS.

“PBNS telah memperkenalkan sistem potongan gaji bulanan untuk mengisi tabung tersebut dan ianya akan dimanfaatkan untuk aktiviti kebajikan dan pembangunan di Sabah”, katanya.

Mohd.Arifin bagi pihak kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Sedafiat Sdn Bhd dan pihak yang memulakan pemotongan gaji bulanan mereka untuk KWAJ.

“Dengan adanya tabung ini, maka kita berharap Baitulmal akan diperkasakan,” katanya.

Oleh itu, PBNS terus mengorak langkah membuat kutipan KWAJ daripada Syarikat-Syarikat Korporat yang akan dimanfaatkan untuk aktiviti kebajikan dan pembangunan di Sabah.

Hasil daripada dana KWAJ ini akan diagihkan melalui skim bantuan yang disediakan oleh PBNS antaranya adalah Bantuan Kewangan One-off; Bantuan Ziarah Kariah; Bantuan Ramadhan dan Syawal; Bantuan Susu Formula Khas; Bantuan Institusi Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Sekolah Agama Rakyat dan NGO ; Bantuan Awal Pendidikan bagi IPTA,Sijil dan Asasi ; Bantuan Bencana; Bantuan Organisasi dan Kemasyarakatan; Bantuan Keagamaan dan Keraian Islam; Bantuan Masjid dan Surau dan Bantuan Rawatan dan Perubatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular