PUWDS Tekad Bantu Usahawan Wanita Digital Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Usahawan Wanita Digital Sabah (PUWDS) tekad membantu usahawan wanita di Sabah sehingga menjadi usahawan berjaya.

Pengerusinya, Eparizan Mansor berkata, pihaknya sangat memahami keadaan usahawan wanita ketika ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami melihat ramai dalam kalangan mereka mula hilang keyakinan untuk meneruskan perniagaan kerana mengalami kerugian sekaligus hilang punca pendapatan.

“Senario ini tidak baik buat negeri ini kerana ia akan meningkatkan kadar pengangguran serta menurunkan penguasaan bumiputera dalam bidang perniagaan.

“Sehubungan dengan itu, PUWDS kini sedang giat membimbing wanita negeri Sabah dalam melahirkan usahawan yang mampu menggunakan teknologi digital seiring dengan hala tuju kerajaan bagi meningkatkan ekonomi melalui pendigitalan,” katanya.

Selain daripada itu, PUWDS turut merangka pelan hala tuju dan bantuan kepada ahli dengan memberi bantuan sehingga RM5,000 bagi mereka yang layak dan yang terkesan.

“Kami turut bertekad untuk membawa perubahan kepada usahawan tempatan yang terjejas dengan memberi khidmat sokongan dan bantuan pembiayaan digital serta permohonan dana melalui agensi kerajaan,” ujarnya.

Beliau yang pernah menerima beberapa anugerah pengiktirafan di peringkat Asia dan kebangsaan dalam bidang perniagaan kini mempelawa seluruh usahawan atau bakal usahawan wanita di Sabah untuk menyertai persatuan tersebut.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli boleh melayari laman sesawang https://beacons.page/puwds.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *