Ismail Sabri Dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri

Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi masa ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri selain akan turut membantu dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususunya dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.