HomeIsu tempatanPemuda Patah Kaki Terharu Terima Sumbangan

Pemuda Patah Kaki Terharu Terima Sumbangan

Read Time:54 Second

TAMPARULI: “Tiada apa yang mampu saya katakan, hanya ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan,” kata seorang pemuda Marklister Jalin,34.

Beliau yang tinggal di Kampung Lapasan Ulu disini mengalami kemalangan beberapa hari lalu mengakibatkan kakinya patah dan sukar untuk bergerak.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku ketika sedang menggunakan mesin pemotong rumput di kebun yang terpelanting terkena pada bahagian kakinya.

“Malang tidak berbau apabila pisau mesin rumput yang saya gunakan ketika bekerja tiba-tiba patah, kemungkinan terkena batu besar menyebabkan terpelanting mengenai kaki kiri saya,” katanya.

Marklister berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli.

Sumbangan berbentuk barangan dapur serta kewangan itu diserahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli Boe Sindolun bagi meringankan beban harian Marklister.

“Kita doakan agar beliau (Marklister) segera pulih dan seterusnya kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Saya juga ingin menyampaikan salam daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pemuda PBS Bahagian Tamparuli, Rizkam Yabin dan Ahli Jawatankuasa Pemuda, Soimin Lomu dan Hendry Jani.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular