Sabah Longgar Syarat Benarkan Jemaah Terima Vaksin Dos 1 & 2 Menunaikan Solat Di Masjid

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dijangka akan melonggarkan beberapa syarat dan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Raya Aidiladha termasuk ibadah korban dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memasuki Fasa Kedua bermula esok.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah membenarkan setiap jemaah yang sudah mempunyai vaksin dos pertama atau lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat sunat Aidiladha, solat Jumaat dan solat fardu lima waktu.

“Berhubung SOP Hari Raya Aidiladha, perkara itu sudah dibincangkan diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Mufti, dijangka akan ada kelonggaran untuk jemaah yang menunaikan solat.

“Bukan sahaja untuk Hari Raya Aidiladha tetapi juga melibatkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dimana kita akan utamakan kepada mereka yang sudah diberikan vaksin, tidak kira dos pertama atau kedua, sementara yang belum, mereka akan diberi peluang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan pemberian vaksin kepada 59 imam masjid sekitar Kota Kinabalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita disini pagi tadi.

Mohd Arifin berkata, kelonggaran itu diberikan selepas menerima permintaan daripada pihak jawatankuasa masjid dan lain-lain.

“Kita akan pastikan imam-iman dan jawatankuasa masjid atau surau di seluruh negeri diberi keutamaan untuk menerima vaksin kerana mereka juga merupakan barisan hadapan.

“Selain itu, bagi jumlah kapasiti sebuah masjid atau surau yang dibenarkan, ia kekal seperti SOP sebelum ini iaitu 1/3 daripada keluasan ruang utama solat atau 50 orang jemaah,” katanya.

One thought on “Sabah Longgar Syarat Benarkan Jemaah Terima Vaksin Dos 1 & 2 Menunaikan Solat Di Masjid

  1. Elok juga bagi kebenaran jemaah yg belum divakisn. Ini kerana vaksin bukanlah satu paksaan mengikut perlembagaan negara. Harap apa2 keputusan sop masjid tidsk sesekali bertentangan dgn perlembagaan. Hormatilah hak asasi setiap manusia dalam nwgara demokrasi.

Tinggalkan Balasan kepada Mahat Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *