HomeUtamaCOVID-19: Dua kakitangan klinik swasta cetus kluster baharu di Ranau

COVID-19: Dua kakitangan klinik swasta cetus kluster baharu di Ranau

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Pekan Ranau, Ranau tercetus apabila jangkitan yang disyaki bermula di sebuah klinik swasta sebelum menular kepada para pelanggannya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster tempat kerja ini dikesan oleh klinik berkenaan melalui saringan bergejala apabila dua orang kakitangannya yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Julai 2021, sekaligus menjadi kes indeks.

Katanya, saringan terhadap 246 kontak seterusnya mendapati 13 lagi kes terbitan masing-masing enam kes pada 13 Julai 2021, dua kes pada 14 Julai 2021 dan lima kes pada 15 Julai 2021.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes termasuk lima kes baharu hari ini. Manakala, tujuh kes masih menunggu keputusan.

Dalam perkembangan yang lain, tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 18 Julai hingga 31 Julai 2021 melibatkan Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular