Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Negeri Patuh SOP

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU:  Solat sunat Hari Raya Aidiladha 1442H di Masjid Negeri hari ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 30 orang ahli jemaah.

Solat sunat bermula pada pukul 7.40 pagi diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting dengan mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup separuh muka.

Seusai solat sekitar 8.00 pagi, para jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Meraih Keredaan’ yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar. 

Dalam pada itu, khatib turut mengingatkan para jemaah untuk menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Antara jemaah yang hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman./PENERANGAN-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *