HomeUtamaKerajaan Pusat Diseru Beri Tumpuan Proses Vaksinasi Di Sabah Supaya Segera Capai...

Kerajaan Pusat Diseru Beri Tumpuan Proses Vaksinasi Di Sabah Supaya Segera Capai Imuniti Kelompok

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru kerajaan pusat supaya menumpukan perhatian untuk proses pemberian vaksin di Sabah.

Katanya, kadar vaksinasi di negeri ini sudah tertinggal jauh ke belakang berbanding negeri lain dan berkemungkinan sukar untuk mencapai imuniti kelompok sebelum Oktober depan.

“Jumlah pendaftaran bagi mendapatkan vaksin di Sabah hanya 35.9 peratus iaitu seramai 990,681, manakala jumlah pemberian vaksin dos pertama adalah 475,084 iaitu 12.2 peratus.

“Kerajaan wajib melipatgandakan usaha dan tenaga untuk percepatkan kadar vaksinasi. Sekurang-kurangnya sasaran 50,000 dos vaksin sehari,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan pelbagai strategi dan kaedah yang sudah berjaya dan inilah masa untuk berkorban dan selamatkan Sabah.

Berdasarkan jadual jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat 17 Julai yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Labuan mencatatkan kadar vaksinasi tertinggi dengan 86.1% atau (58,975) bagi dos pertama dan 60.1% atau 41,156 bagi dos kedua.

Ia diikuti Sarawak dengan 75.7% (1.545 juta) bagi dos pertama dan 42.1% (859,906) bagi dos kedua. Lembah Klang merangkumi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur berada di kedudukan ketiga dengan 60.9% (3.752 juta) bagi dos pertama dan 19.% (1.181 juta) bagi dos kedua.

Pada 18 Julai, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata 100% populasi dewasa di negara ini dijangka melengkapkan dos vaksin Covid-19, pada Oktober berikutan sasaran pencapaian program vaksinasi negara telah dipercepatkan.

Katanya, tindakan mempercepatkan program vaksinasi itu termasuk meningkatkan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari, berikutan penemuan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dan kes positif yang meningkat dengan mendadak.

“Vaksinasi adalah kunci utama kejayaan melawan Covid-19. Jadual asalnya, 80% penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Namun sasaran itu dipercepatkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya