Pemandu Teksi Airport Pengsan Selepas Rempuh 3 Kenderaaan, Kini Dirawat Akibat Darah Tinggi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Polis belum menahan pemandu teksi yang mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam kerana suspek sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat tekanan darah tinggi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu mengamuk kerana gagal menahan perasaan marah dan turut pengsan selepas melanggar tiga kenderaan lain.

“Difahamkan, ini bukan kali pertama suspek berang selepas mendapati gilirannya mengambil penumpang dipotong rakan pemandu lain.

“Namun, (potong barisan berlaku) disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang meninggalkan kereta di barisan menunggu. Pemandu lain terpaksa memotong bagi mengelakkan penumpang tertunggu-tunggu,” katanya dipetik Berita Harian.

Suspek dikatakan sering meninggalkan teksinya di barisan menunggu dan tidak berada di kawasan KKIA menyebabkan pemandu lain terpaksa memotong barisan untuk mengambil penumpang.

George berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada mangsa yang cedera dalam rempuhan semalam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *