Hanya 13 Peratus Penduduk Di Sabah Sudah Menerima Dos Pertama Vaksin Covid-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Hanya 13% Penduduk di Sabah sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 9.4% lagi sudahpun melengkapkan suntikan dos kedua Vaksin Covid-19 setakat 20 Julai 2021.

Menurut data yang dikongsikan CITF hari ini, seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 hingga 11.59 malam tadi. 

Ini sekaligus menyaksikan Sabah merupakan negeri terendah di Malaysia yang menerima suntikan Vaksin di Malaysia dan sekaligus mengundang kebimbangan Masyarakat dan Pemimpin di Sabah.

Baca juga :-
Kerajaan Pusat Diseru Beri Tumpuan Proses Vaksinasi Di Sabah Supaya Segera Capai Imuniti Kelompok

Bekalan Vaksin COVID-19 Perlu Segera Dihantar Ke Sabah, Masih Ramai Belum Terima Vaksin – Jafry

KJ Perlu Segerakan 82 Peratus Rakyat Sabah Yang Belum Divaksin – Pemuda PCS

Di dalam statistik harian yang dikongsikan, WP Labuan dan Sarawak kini mencatatkan peratusan tertinggi jumlah pemberian vaksin dos pertama mengikut jumlah Populasi iaitu 60.1 % dan 56.5 %, diikuti Lembah Klang ( Selangor,wilayah Persekutuan KL , Putrajaya) 49.2%, Negeri Sembilan – 40.1 % serta Perlis 35.4%.

Negeri yang kini dibawah 20 % ialah Kedah 19.9%, Pahang 19.4%  Johor – 19.1%, dan Sabah 13.0 %.

Semalam, Portal Getaran turut Mempersoalkan bilangan terbabit masih rendah untuk Sabah mencapai imuniti kelompok menjelang Disember tahun ini seperti dirancang kerajaan, malah tidak memenuhi sasaran 30 ribu dos suntikan sehari negeri itu apabila semalam, hanya 22,790 dos diberikan.

Portal berkenaan melaporkan bahawa Sebelum ini Sabah dijanjikan 720,000 dos vaksin pada Julai dan tambahan 1.1 juta dijangka diterima Ogos depan, malah Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Mohd Noor dilaporkan berkata, lebih dua juta dos sepatutnya diterima negeri ini bagi kedua-dua bulan terbabit.

Portal itu juga turut memetik laporan Sabahkini2.com di mana pengendali web berkenaan  turut mempertikaikan tindakan diambil Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang seolah-olah menganggap Sabah sebagai negeri kelas kedua.

“Mengapa? Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin anggap Sabah ‘second class’? Sabah sentiasa yang terakhir ke? Tunggu Sabah kembali catat 1,000 kes ke?” katanya.

Terdahulu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu telah menerima dos pertama, yang menyaksikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara kini mencecah 15,071,814 dos suntikan.

“Jumlah ini termasuk suntikan pada Hari Raya Aidiladha semalam iaitu sebanyak 299,593 dos, merangkumi 204,064 individu menerima suntikan pertama dan 95,529 adalah penerima dos kedua,” katanya dalam hantaran melalui laman Twitter hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *