HomeIsu tempatan'Smart Paddle Protective Dispenser' Rekaan Tempatan Bantu Cegah Penularan COVID-19

‘Smart Paddle Protective Dispenser’ Rekaan Tempatan Bantu Cegah Penularan COVID-19

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim menerima sumbangan sebuah ‘Smart Paddle Protective Dispenser’ untuk digunakan meletak cecair pembasmi kuman daripada Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) di pejabatnya, sini kelmarin.

Alat tersebut merupakan hasil rekaan tempatan dengan memperkenalkan konsep ‘Tiada Sentuhan, Tiada Jangkitan’ (No Touch, No Infection) kepada pengguna.

Presiden PSKS Lawrence Imui berkata, selain menghargai Jahid, yang merupakan Penasihat PSKS, sumbangan tersebut juga sebagai sokongan mereka kepada usaha bagi mencegah penularan virus COVID-19.

“PSKS juga merupakan salah satu pengedar yang telah dilantik untuk memasarkan alat-alat yang sesuai digunakan di mana-mana premis kerajaan dan swasta,” katanya.

Katanya, alat berkenaan merupakan hasil rekaan tempatan oleh rakan NGO mereka dari Persatuan Inovasi Sabah.

Semasa kunjungan tersebut, Lawrence memaklumkan bahawa, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak program mengenai kesedaran kanser terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun, PSKS akan tetap meneruskan aktiviti pengesanan awal Kanser Payudara melalui program Subsidi Mammogram yang disediakan oleh kerajaan.

“Kita akan teruskan program ini dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dan selagi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah mempunyai peruntukan untuk program tersebut,” ujar beliau.

Sementara itu, Jahid menghargai kunjungan tersebut, dan menyifatkan PSKS sebagai sebuah NGO yang selama ini banyak membantu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit kanser.

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Bendahari PSKS, Rufinah Koting.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya