HomeIsu tempatanPenduduk gembira menerima vaksin dos pertama setelah sekian lama menunggu giliran

Penduduk gembira menerima vaksin dos pertama setelah sekian lama menunggu giliran

Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Majoriti daripada 1,155 orang penerima imunisasi vaksin bagi suntikan dos pertama Covid-19 di Pusat Pemberian  Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau iaitu pada 21 Julai hingga 22 Julai 2021 adalah warga pendidik daripada sekolah rendah dan menengah daerah Ranau.

Salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Abin Kenyon berkata, kebanyakan mereka yang hadir sebenarnya sudah lama mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera dan  menunggu untuk menerima  suntikan dos pertama namun, bersabar menunggu giliran yang  ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kita sedar dengan keperluan vaksinasi itu, namun tepaksa bersabar menunggu giliran bila tarikh  yang bakal ditetapkan”, kata Abin.

“Saya lama sudah mendaftar tetapi lambat terima tarikh untuk menerima suntikan dos pertama”, kata Sangkui Sandor, 73, dari Kg Bundu Tuhan dengan semangat beliau hadir ke pusat vaksinasi memakai baju ala-tradisi suku kaum Dusun.

Manakala, seorang lagi warga emas, Maunah  Iwod 76, dari Kg Mumpait turut berasa bangga kerana berjaya mengambil suntikan dos pertama pada hari tersebut.

Sementara itu Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, selaku Pegawai  Penyelaras PPV itu, Dr.Edwaider Koimin, mengharapkan kepada penduduk yang sudah mendapat tarikh dan jadual untuk di vaksinasi agar datang ke PPV yang ditetapkan untuk menerima suntikan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Saya juga mengharapkan kepada mereka yang menerima suntikan dos pertama dan dos kedua supaya terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelas Dr Edwaider.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya