Seluas 8,000 Ekar Tanah Diperuntukkan Bagi Penanaman Avocado

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KENINGAU: Seluas 8,000 ekar tanah diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan penanaman Avocado secara komersial di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan usaha yang diambil kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi sejajar dengan aspirasi Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kita akan menerokai sebanyak mungkin projek pembangunan yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi kita

“Saya juga berasa gembira melihat pelan komprehensif untuk daerah ini.  Kerajaan Sabah melihat daerah Keningau sebagai hab pembangunan pedalaman kerana potensi besarnya untuk pengembangan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson, sempena lawatan kerjanya di sini  hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub; ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik; ADUN Tulid, Flovia Ng dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Hajiji turut berasa gembira kerana SMJ telah dijadikan garis panduan dalam pelan pembangunan daerah berkenaan.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta termasuk untuk menaiktaraf jalan Holy Family Church Nulu Sosopon, di sini.

Sebanyak RM1.5 juta peruntukan telah diluluskan untuk menaiktaraf jalan Nulu Sosopon.

Baki peruntukan itu adalah untuk pembaikan Jambatan Kauran, tebing sungai Kauran dan juga untuk mangsa banjir di kawasan Kauran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *