HomeIsu tempatanPolis berjaya menahan suspek terlibat kes curi Mesin Air

Polis berjaya menahan suspek terlibat kes curi Mesin Air

Read Time:1 Minute, 19 Second

BEAUFORT: Polis berjaya menahan suspek seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi Mesin Air BioEnergy di Pekan Kuala Penyu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal kes mendapati pengadu telah kehilangan Mesin Air BioEnergy pada 16 Mei 2021, jam 7.30 pagi yang dipasang di alamat Wonderful Aneka Center, Kedai Lot 18 Pekan Kuala Penyu telah tiada dipercayai telah dicuri kerana wayar mesin tersebut terjuntai seperti ditarik.

“Pengadu telah datang ke Balai Polis pada hari tersebut dan membuat laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

“Susulan dari laporan pengadu, pihak polis bertindak menjalankan siasatan di tempat kejadian didapati Mesin Air pengadu di pasang di kaki lima Wonderful Aneka Center Kedai Lot. 18, Pekan Kuala Penyu bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell Pekan Kuala Penyu.

“Anggota detektif telah dimaklumkan dan diarahkan untuk cari maklumat, kesan dan tangkap suspek yang terlibat,” jelasnya.

Hasil maklumat terperinci, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang berumur 35 tahun, pada 30 Julai 2021, jam 11.30 pagi bertempat di sebuah Pondok tidak bernombor di Kampung Kerukan, Kuala Penyu. Suspek telah dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut.

Menurut Yusoff Zaki lagi, suspek telah mengaku terlibat dengan kes yang sedang disiasat dan beberapa lagi kes melibatkan kesalahan Pecah Rumah, Tabika Kemas dan Rumah Sarang Burung disekitar kawasan Kuala Penyu bersama beberapa lagi suspek yang telah ditangkap.

“Setakat ini, sebanyak tujuh kes Pecah Rumah di kawasan Kuala Penyu telah berjaya diselesaikan hasil dari tangkapan terhadap suspek ini,” tambahnya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya