PICK : Papar Capai 40 Peratus Vaksinasi Penduduk

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 41 Second

PAPAR :  Sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di daerah ini telah selesai diberikan vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pegawai Daerah Hadzlan Jablee berkata,  bagi mencapai imuniti kelompok di daerah yang didiami 167,300 penduduk itu, pihaknya komited melaksanakan program-program jangkauan dibawah rangka Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah.

“Selain program outreach CITF mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), kita juga menyasarkan kawasan pedalaman.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan mengadakan program outreach di Kampung Bisuong Kaiduan yang mempunyai kira-kira 500 penduduk bersama-sama KKM dan Persatuan Pacuan Rmpat Roda Sabah.

“Oleh kerana penduduk di kawasan ini menghadapi kesukaran untuk keluar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), jadi kita merancang untuk menyampaikan sumbangan amal barang-barang keperluan seperti beras dan sebagainya oleh persatuan-persatuan tertentu,” katanya.

Beliau yang diiringi Penolong Pegawai Daearah (Pengurusan), Jainuddin Jumat dan UPPM DUN Kawang, Rosli Ibrahim ditemui media ketika memantau Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Daerah Papar bagi Dun Kawang di SMK Pengalat disini kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai program terbabit, Hadzlan menzahirkan keyakinan sasaran 80 peratus vaksinasi akan tercapai menerusi program yang berlangsung selama dua hari itu.

“Program hari ini melibatkan seramai kira-kira 1,800 orang penduduk dari Kampung Pengalat Kecil dan Kampung Bundusan.

“Untuk hari ini sahaja, kita yakin akan mencapai sasaran vaksinasi kepada 1,000 orang sehari kerana 300 penduduk sudahpun menerima vaksin di ibu negeri dan di luar daerah yang lain. 

“Malah, setakat jam 11 pagi ini, hampir 600 orang telah menerima vaksin dan kita meletakkan angka sama untuk sasaran hari kedua iaitu esok,” katanya.

Tambah beliau, bagi memastikan program tersebut mencapai sasaran secara total, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Papar kini memperhebat hebahan untuk mengajak masyarakat supaya hadir dan mendapatkan vaksinasi di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Selepas DUN Pengalat, Hadzlan mendedahkan program jangkauan CITF berkenaan akan diadakan di DUN Pantai Manis pada tarikh yang akan diumumkan kemudian./PENERANGAN-

One thought on “PICK : Papar Capai 40 Peratus Vaksinasi Penduduk

  1. Sy telah di vaksin dos pertama pada 10/8 di sk pantai manis tapi lupa menghantar borang untuk di updete ke my sejahtera sehinggah tidak ada rekod vaksinasi di dlm my sejahtera sampai do2 ke 2 pada 2/10 jga tdk ada rekod dlm my sejahtera…apakah masih boleh kemas kini rekod vaksinasi saya?

Tinggalkan Balasan kepada Zamal bin zahad Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *