Unduk Ngadau Sook hadir terima Vaksin COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

SOOK: Kehadiran gadis cantik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Sook mencuri tumpuan para penerima vaksin COVID-19 yang hadir dan petugas barisan hadapan pada Sabtu lalu.

Gadis cantik tersebut ialah Cathlana Augustine yang merupakan Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Sook 2021 hadir ke PPV untuk menunaikan tanggungjawab menerima vaksin COVID-19 dos pertamanya, yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Klinik Kesihatan Sook.

Cathlana hadir dengan berpakaian tradisi suku kaum Kadazan Penampang menyerikan lagi suasana di PPV tersebut seterusnya turut sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Cathlana yang berusia 24 tahun, berasal dari Kg Kabatang Baru Sook, beliau yakin dan percaya bahawa vaksin adalah selamat dan langkah terbaik untuk mengekang penularan pandemik COVID-19.

Cathlana sempat berpesan kepada semua penduduk di Daerah Sook supaya hadir mendapatkan vaksin mereka sekiranya telah mendapat tarikh temujanji.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *