HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Semakin Meluas Dalam Komuniti, Pematuhan SOP Perlu Terus Diamalkan

COVID-19 : Jangkitan Semakin Meluas Dalam Komuniti, Pematuhan SOP Perlu Terus Diamalkan

Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang tertinggi kes positif COVID-19 di Sabah hari ini iaitu sebanyak 591 kes bersamaan dengan 58.98 peratus daripada jumlah kumulatif harian sebanyak 1002 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hampir 70 peratus kes baharu yang direkodkan di daerah Tawau diperolehi dari kontak rapat manakala di Penampang mencatatkan 67 peratus dari saringan sama.

“Selain itu, daerah Kota Kinabalu merekodkan kes hampir 63 peratus diperolehi dari saringan kontak rapat dan Sipitang sebanyak 62 peratus.

“Data ini menunjukkan ruang atau kawasan penyebaran jangkitan virus COVID-19 semakin meluas dalam komuniti. Andaian ini diperkukuhkan lagi dengan jumlah peratusan yang tinggi, 18.36 peratus atau 184 kes dikalangan kategori ‘bergejala’,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, jangkitan kategori ini merupakan kes sporadik, punca jangkitan tidak diketahui.

Katanya, kes yang melibatkan kluster pula sekadar 13.27 peratus atau 133 kes dan saringan bersasar 5.49% (55 kes) daripada jumlah keseluruhan.

“Atas fakta-fakta diatas yang diperolehi daripada analisis data-data lapangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menganjurkan pematuhan secara total semua SOP bagi menghindar diri kita dijangkiti virus COVID-19 ini.

“Disiplin diri adalah komponen penjagaan kesihatan diri yang amat penting selain daripada keperluan mendapatkan vaksinasi yang lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, setiap hari kerajaan berusaha meningkatkan kapasiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi vaksin kepada orang ramai.

Katanya, kelmarin JKNS telah memberi (administer) 43,792 dos vaksin dan akan mempertingkatkan lagi keupayaan ini sehingga melepasi 50,000 dos sehari.

“Kapasiti imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin yang tidak terputus akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Masidi berkata, isu pematuhan SOP haruslah dipandang berat oleh masyarakat dalam usaha bersama-sama memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam membendung pandemik yang semakin melonjak di Sabah ketika ini.

Katanya, merujuk kes negeri Sabah hari ini sebanyak 181 daripada 1,002 kes dikaitkan dengan mereka yang telah menerima dos 1 dan 2 dos.

“Keadaan ini menunjukkan bahawa kesan kepada ketidakpatuhan terhadap SOP membolehkan mereka yang telah divaksin juga turut dijangkiti COVID-19.

“Dalam pada itu, bagi 10 kes yang di kesan di Long Pasia, Sembilan kes daripada individu belum di vaksin dan satu kes dari daripada individu yang telah lengkapi 2 dos vaksin, walaupun pihak kerajaan telah melaksanakan Program Jiwa Murni (ACMVP) 24 hingga 26 Jun (dos 1) dan 14 hingga 17 Julai (dos 2) secara menyeluruh di perkampungan tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular