HomeUtamaCOVID: Pemain Industri Sabah Digalak Guna Rapid Antigen Test Kit Untuk Pekerja

COVID: Pemain Industri Sabah Digalak Guna Rapid Antigen Test Kit Untuk Pekerja

Read Time:40 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Pemain industri Sabah digalakkan mendapatkan Rapid Antigen Test Kit, yang menggunakan sampel air liur atau daripada hidung, untuk membuat ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja mereka.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata kit ujian itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan keputusan ujian itu boleh dikemas kini secara terus ke aplikasi MySejahtera.

“Kit ujian ini boleh dilakukan pada waktu yang sesuai dan di tempat kerja mereka,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Industri Sabah dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada Hazeldazzel Resources (Sabah) Sdn Bhd yang merupakan pengedar tunggal untuk Salixium Rapid Antigen Test, yang disampaikan oleh Pegawai Pemasaran syarikat itu Fareed Sham.

Sabah merekodkan 1,166 kes COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 86,889.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya