PICK : 1,134 Penduduk Mukim Senagang Lengkap Terima Vaksin COVID-19

Read Time:48 Second

KENINGAU: Seramai 1,134 penduduk dari beberapa buah kampung sekitar Mukim Senagang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berkata, penduduk terdiri dari golongan warga emas, petani dan pekebun serta penduduk sekitar telah diberikan vaksin jenis Sinovac.

“Syukur penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Senagang disini telah selesai menerima vaksin lengkap dua dos dimana dua minggu lalu mereka telah diberi dos pertama dan kali ini dos kedua.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Senagang yang sentiasa berusaha memastikan rakyat kita menerima suntikan vaksin,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ketua-ketua kampung di Mukim Senagang yang turut membantu sebagai sukarelawan di PPV berkenaan.

Annuar berkata, pihaknya akan berusaha lagi bagi mendapatkan dan melaksanakan program jangkauan luar dibeberapa buah kampung lain di DUN Liawan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.