HomeUtamaCOVID-19: Lagi Kluster Tempat Kerja, 9 Lokaliti dikenakan PKPD

COVID-19: Lagi Kluster Tempat Kerja, 9 Lokaliti dikenakan PKPD

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Donggongon, Penampang, Kota Kinabalu yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja menerusi kes positif yang berlaku di sebuah premis badan berkanun di Daerah Penampang.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks dari kluster tersebut merupakan pembersih pejabat, wanita, 46, yang disahkan hasil saringan bergejala dengan keputusan positif (RTK-Ag) di sebuah klinik swasta pada 04 Ogos 2021.

Katanya, selain satu lagi kes dikesan pada tarikh sama, pertambahan kes dalam kalangan kontak rakan sekerja direkodkan pada 11 Ogos dengan 12 kes, 12 Ogos pula satu kes diikuti tujuh kes pada 13 Ogos 2021 melibatkan rakan sekerja dari daerah Putatan dan Kota Kinabalu.

Secara kumulatif, kluster ini mencatat 22 kes termasuk lapan kes baharu pada hari ini hasil saringan terhadap 40 kontak.

Dalam perkembangan lain, sembilan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 15 Ogos 2021 hingga 28 Ogos 2021 iaitu tiga lokaliti di Kota Kinabalu, Kampung Pulutan, Manggatal, Kg Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric, manakala dua lokaliti di Beaufort, Kg Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat, Kg Rancangan Kalabakan, Kalabakan, Kampung Mangaris 2, Kota Marudu, Kampung Contoh, Putatan dan Lorong Mat Salleh Bt.2, Jalan Apas, Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya