PKKLDU Nafi Dakwaan Terdapat Pesakit Positif Pembawa Varian Delta

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu (PKKLDU) menafikan dakwaan kononnya terdapat seorang pesakit yang baru pulang dari ibu negara disahkan positif COVID-19 pembawa jangkitan varian delta.

Pasukan respons pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan menyatakan mesej yang tular sejak awal pagi Jumaat itu adalah tidak benar selain mengelirukan orang awam.

“Mesej yang menyatakan ‘..KKM Lahad Datu telah menerima seorang pesakit yang baru balik dari KL disahkan Positif Covid-19 (Varian Delta)…’ adalah palsu dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Selain itu, mesej itu turut menggesa orang ramai mengamalkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kononnya selaras saranan MKN Sabah ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri tersebut,” kata kenyataan itu disini malam ini.

PKKLDU menasihati orang ramai agar tidak mempercayai mesej berkenaan sebaliknya merujuk medium rasmi Facebook Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *