HomeUtamaPemimpin Sarawak Wajar Diberi Keutamaan Dilantik TPM

Pemimpin Sarawak Wajar Diberi Keutamaan Dilantik TPM

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Pemimpin dari negeri Sarawak wajar diberi keutamaan untuk dilantik memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan Pusat.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, pemimpin dari negeri itu banyak menyumbang kepada jumlah sokongan pencalonan Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Selain Sabah, Sarawak wajar diberi keutamaan dilantik jawatan itu sebagai penghargaan kepada sokongan mereka dan ia diharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

“Soal siapa calon Timbalan Perdana Menteri itu bukan satu masalah bagi saya kerana yang penting ialah jawatan itu diberikan kepada pemimpin dari sini (Sabah Sarawak) tetapi yang pastinya ialah dari Sarawak,” katanya.

Dr Jeffrey berkata setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur, disini petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberi keutamaan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak dalam Kabinet baharu kerajaan Pusat yang dijangka dibentuk dalam masa terdekat.

Sementara itu, Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata beliau yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan tergugat berikutan perubahan tampuk kerajaan Pusat yang akan diketuai Ismail Sabri.

Katanya, semua parti di bawah gabungan itu sentiasa berbincang dan saling menekankan kerjasama serta komitmen memastikan apa yang berlaku di Semenanjung tidak akan berlaku di Sabah.

“Kami juga ada berbincang dengan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan kami semua sependapat supaya kerajaan GRS dipertahankan,” katanya.

Sementara itu, Dr Jeffrey berkata, pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu diharap dapat menamatkan kemelut politik yang berlaku.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, tumpuan selepas ini perlu diberikan kepada isu dan masalah yang dihadapi kini iaitu pandemik COVID-19 dan kebajikan rakyat.

“Saya juga berharap Kabinet baharu akan mengambil kira dan memberi tumpuan kepada isu Sabah dan Sarawak, hubungan negeri – Pusat, khususnya hak-hak kita dalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Diharap selepas ini tiada lagi kemelut politik atau perebutan Perdana Menteri atau apa-apa saja sehingga Parlimen dibubarkan untuk diserah kepada rakyat menentukan mandat baharu.

“Saya harap juga apa yang berlaku di Kuala Lumpur tidak tumpah dan melarat ke Sabah sebab saya percaya dan yakin politik di Sabah adalah stabil,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya